Riwayat Hidup Yunizar_Hussein

Beliau merupakan anak kepada Dato' Mohamed Hoessein Enas,[2] iaitu seorang pelukis handalan yang mendapat gelaran pelukis diraja. Yunizar pernah berada di Bangkok, Thailand kerana mengikut suaminya, Michele Ranieri yang bekerja di kedutaan Itali yang bertempat di Thailand. Ranieri adalah seorang yang berbangsa Itali dan bekerja sebagai Attache (bahagian Hal Ehwal Konsular) di kedutaan itu. Beliau juga fasih berbahasa Thai kerana sudah lama menetap di situ.[3] Beliau mempunyai sepasang dua orang anak iaitu Francisco Fahad dan Karima Althea. Beliau juga merupakan seorang ahli terapi yang bertauliah serta menggunakan kepakarannya itu untuk mencipta beberapa pati aroma terapi dan mempraktikkan rawatan tersebut di rumah. Selain itu, beliau juga adalah seorang katerer yang menerima tempahan untuk majlis yang tertentu. Beliau juga mementingkan pendidikan agama serta mendedahkan beberapa makanan tradisional masyarakat Melayu kepada anak-anaknya. Selain daripada fasih berbahasa Thai, beliau juga pandai bertutur di dalam bahasa Itali, Sepanyol, Perancis, Urdu dan Indonesia.[4]